Sekapur Sirih :- Selamat Datang ke blog Surau Al-Hidayah Kpg.Tersusun Batu 10,Chemor Perak.Dengan izin Allah,blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung dengan aktiviti Surau Al-Hidayah. Semoga blog ini menjadi penghubung dalam menyalurkan maklumt kepada komuniti setempat

Info Terkini .....

Ceramah Maulidul Rasul akan diadakan pada 5hb.Mac 2011 (Sabtu),selepas solat Maghrib.Anda Semua Dijemput Hadir.

Majlis Bacaan Yassin Setiap Malam Jumaat.Kepada Sesiapa Yang Berkelapangan Dijemput Hadir Ke Majlis Tersebut.

Ahli Qariah dialu-alukankan menyumbang Yuran Bulanan Kepada Tabung Surau.Bayaran Boleh Dibuat Kepada Pengerusi Surau (En.Salleh) Dan Juga Bendahari (En.Yusof) Surau Al-Hidayah Batu 10 .

Thursday, October 21, 2010

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

eSumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.

Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:
Free Blog Templates